Selasa, 9 November 2010

Soal Jawab Ibadah Korban

Kami pun korban, awak?

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban akan disambut oleh seluruh umat Islam pada minggu hadapan. Mengikut perkiraan dalam kalendar, kita akan menyambutnya pada hari rabu 17 nov. Yup, sinonim dengan perayaan ini pastinya ibadah korban. Jadi, dalam post nie, nak kongsi satu website yang menerangkan tentang ibadah korban dalam bentuk persoalan yang sering keluar dari benak kita. Jom kita tengok dan ambil sedikit ilmunya.

http://www.korbanaqiqah.com.my/portal/?page_id=110
Isnin, 8 November 2010

Ibadah Korban KK6



Program ibadah korban akan diadakan di Kolej Kediaman Ibnu Sina pada 17 Nov 2010 (hari raya pertama).
Muslimin muslimat yang berkelapangan dijemput hadir untuk membantu dan memeriahkan suasana.

Tentatif program:

pagi-acara sembelihan dan melapah lembu
tengahari-pengangihan daging lembu
malam-ceramah & solat hajat

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR (terutama warga Kolej Ibnu Sina KK6)

p/s-seekor lembu akan kita lapah.. :)

Ucapan Harus & Haram..

HUKUM MENGUCAPKAN "SELAMAT" UNTUK PERAYAAN SAHABAT BUKAN BERAGAMA ISLAM:

1) HARUS- Ucapan yang tidak mengandungi RASA REDHA dengan agama lain tetapi SEKADAR MELAHIRKAN KEMESRAAN. contohya:

"Semoga sihat sejahtera, semoga mendapat kebaikan"

2) HARAM- Ucapan yang terdapat unsur KEREDHAAN terhadap agama kufur,contohnya:

" Semoga dimuliakan pada hari raya ini"

"Hari Raya ini adalah hari yang mulia"

***lebih baik jika ucapan tahniah diiiringi dengan doa agar dapat hidayah. contohnya:

"Semoga mendapat hidayah, semoga beroleh cahaya iman"

nota kaki: dipetik dari Buku FIQAH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM...m/s 10 dan 11 Bab 1;Fiqah Iman dan Agama...ini sahaja yang dapat dikongsikan, because i left the book at home, ini pun di"copy" dari Yahoo Group FCR,credit kepada sister yg post pasal ni kat YG..

Buku FIQAH BERINTERAKSI DENGAN NON-MUSLIM. Bagi saya, buku ini sangat bermanfaat untuk rujukan seharian kerana ia mengajar kita tatatertib dan cara bagaimana kita harus berkomunikasi dengan rakan atau sahabat handai yg bukan beragama islam;dan dalam masa yg sama menjaga syariat islam itu sendiri..trust me!! this is a good book..you should have one =)




SEDIKIT INFO MENGENAI BUKU INI:

Tajuk : Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim
Pengarang : Ust Mohammad Nidzam Abd Kadir
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

Kaedah bergaul dengan rakan, jiran dan keluarga bukan Islam tanpa mengabaikan syariat.

Buku "Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim" ini memberi gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pelbagai masalah dan situasi kita hadapi terutama yang berkaitan arak dan khinzir. Penulis membentangkan penyelesaian dan penerangan dengan hujah yang mudah diiringi firman Allah serta hadis sahih.

Kenapa Anda Perlu Baca Buku Ini
- Penerangan lengkap tentang tatacara bergaul dengan mereka yang bukan Islam
- Ilustrasi bercorak humor dan berinformasi
- Mengutarakan contoh permasalahan semasa
- Mengandungi anekdot-anekdot selingan bagi memudahkan pemahaman

Siapa Perlu Baca Buku Ini
- Anda yang mempunyai rakan Non-Muslim di sekolah, jiran tetangga atau di pejabat
- Saudara baru atau mempunyai ahli keluarga bukan Islam
- Guru-guru, ibu bapa dan anak-anak agar dapat memahami pergaulan bersyariat
- Non-Muslim juga harus memahami batas pergaulan dan adab pergaulan Islam agar masyarakat majmuk hidup terus bermuhibah
Rabu, 27 Oktober 2010

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati


Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." -

Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

sumber:http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1035-10-pembasuh-dosa-a-penawar-hati.html

Kuliah Maghrib



Pada malam ini, 27 October 2010, akan diadakan kuliah maghrib oleh Ustaz Fathul Bari. Semua muslimin muslimat terutamanya warga kolej kediaman ibnu sina dijemput hadir.

Khamis, 15 April 2010

Bahang Peperiksaan..


Bahang minggu peperiksaan semakin tiba, akan tiba detik dimana kita akan bersemuka dengan kertas peperiksaan. Segala persiapan sebelum minggu peperiksaan akan kita jadikan bekal untuk menabur benih kejayaan di setiap penjuru kertas peperiksaan yang kita tempuhi..

Kami dari Balai Islam Kolej Kediaman Ibnu Sina ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan. Semoga berkat Allah memayungi buat semua yang bersungguh-sungguh dipermulaan dan bertawakal sepenuhnya pada Allah selepas gigih berusaha..

Kematian Semasa Sujud..

Video yang menarik untuk dikongsikan. Video ini adalah dari rakaman cctv sebuah masjid (tempat tak dapat dikenal pasti) yang merakamkan detik terakhir seorang lelaki. Perginya lelaki ini dalam keadaan sujud. SUBHANALLAH..



Beruntungnya lelaki tersebut, perginya dalam keadaan yang begitu mulia. Buat kita yang masih dapat hidup, pernahkah kita terfikir bagaimana detik-detik terakhir kita nanti?.

Adakah kita akan pergi dalam keadaan mulia, atau kita akan pergi dalam keadaan tercela?. Semua persoalan ini sepatutnya menjadikan kita gerun kerana kita sendiri tidak dapat menentukan kesudahan kita bagaimana..

p/s-"Sesungguhnya orang yang mengingati mati adalah mereka yang bijak"
Rabu, 14 April 2010

Permulaan sebuah kembara..


Assalamualaikum..

Blog rasmi Balai Islam Kolej Kediaman Ibnu Sina ini masih dalam proses pembangunan. Sebarang permasalahan ketika melayari blog ini, kami mohon seribu kemaafan.

Blog ini bakal dijadikan sebagai medan untuk kami melaporkan semua gerak kerja dan program-program anjuran balai islam. Selain itu, blog ini juga dapat dijadikan taman ilmu dengan perkongsian ilmiah, artikel-artikel semasa dan lain-lain bahan bacaan yang dirasakan sesuai untuk dinikmati bersama.

Terima kasih..

Nota Kuliah

Shoutbox



Facebook

Jom Promosi

Live Traffic